Dari
Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang
manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga
perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau
ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa
untuknya."
![]() |
Zaki Osd |
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
Pertama
"Sedekah Jariah" ialah harta benda yang
diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti:
(1)
Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum. Atau
mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim,
madrasah, sekolah dan sebagainya.
(2)
Mendirikan - atau berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau, rumah
anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.
(3) Mendirikan
rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang
memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk
kebajikan umum.
(4)
Mendirikan rumah "musafir khanah" untuk persinggahan orang-orang
musafir yang memerlukannya.
(5) Dan
lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti
mendirikan hospital dan kutub khanah, mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam
serta buka-buka pengetahuan yang berguna dan sebagainya.
Amalan
"waqaf" dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah
s.a.w.(3) dan telah berkembang di negara-negara Islam hingga hari ini dan
seterusnya, malah ada yang datang membentuk "Kementerian Waqaf di negara
masing-masing.
Selagi
harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum
maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup
dan sesudah ia mati.
Kedua:
" Ilmu Yang Berguna atau Bermanfaat Kepada Orang Lain," yang
tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara
khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada
melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui
kitab-kitab dan buku-buku karangannya.
Selagi
ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud
dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan
semasa ia hidup dan sesudah ia mati.
Ketiga:
"Anaknya Yang Soleh yang Berdoa Untuknya"
Doa
anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau
sebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap
tentang makbulnya.
Sebab
itulah Rasulullah S.A.W. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang soleh
dalam hadithnya ini, supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan
sebaik-baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan
berjaya di akhirat.
![]() |
Slideshare |
Serentak
dengan itu kedua ibu bapa akan mendapat rahmat disebabkan usahanya mendidik
anak-anaknya dengan sebaik-baiknya dan mendapat rahmat pula disebabkan doa
anaknya yang soleh itu.
Penulis : Munadir Farhan
EmoticonEmoticon